Aqsapedia adalah Ensiklopedia dalam talian berbilang bahasa yang berasaskan ilmu pengetahuan. Ia adalah salah satu projek Al-Quds Malaysia (QFM). Aqsapedia terdiri daripada dua bahagian, yang pertama "Aqsa" merujuk kepada Masjid Al-Aqsa di Al-Quds, sementara yang kedua "Pedia" merujuk kepada Ensiklopedia.
Aqsapedia membawa anda meneroka Masjid Al-Aqsa yang diberkati dengan menyampaikan semua maklumat dan fakta yang berkaitan, dengan cara yang saintifik. Ia disunting dan dikemas kini oleh sekumpulan penyelidik dan pakar, diketuai oleh Dr. Sharif Amin Abu Shammala,seorang pakar dalam kajian Al-Quds, dan Ketua Pegawai Eksekutif QFM.
Tujuan Aqsapedia:
- Memberi maklumat yang tepat dan bertulis berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa dalam beberapa bahasa.
- Untuk menyebarkan dan mempromosikan naratif yang betul mengenai Masjid Al-Aqsa dalam menghadapi naratif Zionis, yang menguasai media arus perdana dan meluas dalam ruang digital.
- Menjadi rujukan kepada para pakar, penyelidik dan orang ramai mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa, pada masa yang sama, menjadi platform di mana mereka boleh berkhidmat kepada Al-Aqsa.
- Untuk mengingatkan umat Islam tentang status Masjid Al Aqsa dan komitmen mereka terhadap pembebasannya.
Kerjasama dengan Aqsapedia:
QFM berterima kasih kepada rakan kongsi dan penyokongnya dalam projek Aqsapedia. Pada masa yang sama, QFM mengalu-alukan semua kerjasama dalam cara berbeza demi mencapai mesej Aqsapedia dalam menyediakan dan meningkatkannya untuk mancapai seramai mungkin dan menjadikannya tersedia dalam jumlah bahasa yang terbanyak, terutama bahasa yang paling digunakan di seluruh dunia. Individu dan Institusi boleh menyertai projek ini melalui:
- Derma untuk memperbaiki dan membangunkan Aqsapedia: Klik di sini
- Kerjasama melalui penerbitan, menterjemah, membetulkan atau mengulas di laman web kandungan: Klik di sini