Yayasan al-Aqsa mendedahkan “draf cadangan dan pelan pembahagian
masa dan tempat serta pembinaan gereja yahudi di lima buah ruang di bahagian
timur Masjid al-Aqsa.”
Laporan ditulis oleh: Mahmod Abu ‘Atha/ Yayasan al-Aqsa
“Yayasan al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan” telah mendedahkan dalam
laporan media yang diedarkan pada tarikh 11/10/2013 M mengenai draf cadangan
dan pelan peta pembahagian masa dan tempat serta pembinaan gereja yahudi di
lima buah ruang di bahagian timur Masjid al-Aqsa. Yayasan al-Aqsa menegaskan
bahawa Masjid al-Aqsa kini berada di tahap yang paling berbahaya dan umat Islam
mesti bertindak segera untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa.
Yayasan al-Aqsa berkata, “menurut sumber-sumber media Israel di
dalam bahasa Ibrani mengatakan bahawa, El Hanan Jalat, Ketua Pengarah Pejabat
Hal Ehwal Agama di Kementerian Agama telah mengemukakan pelan cadangan ini dan menyerahkannya kepada Timbalan
Menteri Agama, Elie Ben Dahan”. Beliau telah menyokong dan mengiktiraf pelan
tersebut serta memperincikannya lagi dengan mengatur rancangan bagi membolehkan
orang Yahudi melakukan upacara ibadah mereka di dalam Masjid al-Aqsa. Rancangan
ini telah disepakati di dalam sesi sebelumnya dalam Jawatankuasa Dalam Negeri
di parlimen (knesset) Israel.
Merujuk kepada draf cadangan, mereka ingin menyediakan ruang di
bahagian timur Masjid al-Aqsa di mana akan membentuk lima buah ruang di “Jabal
Haikal”(nama yang diberikan oleh penjajah untuk Masjid al-Aqsa). Ruang ini
meliputi kawasan dari pintu masuk ke ruang solat al-Marwani di tenggara al-Aqsa
hingga ke bab ar-Rahmah dan berakhir di bab al-Asbath (hujung di bahagian timur
laut al-Aqsa). Kesemua ruang ini akan dijadikan sebagai gereja Yahudi dan akan
dibahagikan ruang-ruang tersebut untuk upacara ibadah orang Yahudi sama ada
dilakukan secara persendirian atau berkumpulan. Ruang yang tertutup adalah
kawasan yang meliputi bab ar-Rahmah. Selain dari pembahagian ruang, mereka juga
membahagikan waktu-waktu tertentu sepanjang hari dalam seminggu serta mengikut
musim perayaan dan cuti Yahudi.
Menurut sumber-sumber yang didapati, mereka menyatakan bahawa
Pejabat Timbalan Menteri Agama maklum akan cadangan ini dan cadangan yang
lain-lain dalam hal ini. Pelan ini akan diteliti oleh Timbalan Menteri dan
kemudiannya akan dikumpulkan dan disepakati untuk draf terakhir. Ia akan
dibincangkan, diperhalusi dan diubahsuai mengikut kerangka kerja yang sesuai
dan akhirnya barulah dilaksanakan.
Berdasarkan pelan yang disebutkan di dalam sumber-sumber Israel,
Yayasan al-Aqsa ingin menerangkan secara terperinci akan apa yang dimaksudkan
mengenai pembahagian waktu, tempat dan cara orang Yahudi melakukan upacara
ibadah mereka secara sendirian dan berkumpulan di ruang-ruang yang ditentukan.
Berikut adalah perinciannya:
Pertama:
· Sembahyang
secara sendirian: adalah apabila ia dilaksanakan oleh seorang sahaja, dengan
suara yang perlahan, hanya didengari oleh diri sendiri sahaja melalui ungkapan
bibirnya dan tanpa perlu membawa kitab dan peralatan ibadah.
· Sembahyang
secara berkumpulan: adalah sembahyang bersama 10 orang atau lebih.
· Perayaan
Israel: hari-hari yang disepakati perayaan dan musim puasa: Tahun Baru Yahudi, Yom
Kippur (Hari Penebusan Dosa), Sukkot, Hari ke-8 “Atarat”, Hanukkah
(Pesta Cahaya), Puasa ke-10 daripada bulan Tabat, Hari Purim,
Hari Paskah Yahudi, Hari Kemerdekaan, Hari Quds, Perayaan Shafuot, Hari
Puasa Julai, Puasa ke-9 daripada bulan Ab.
· Seorang
pegawai dilantik dan bertanggungjawab untuk melaksanakan rukun dan turutan
sembahnyang yahudi di “Jabal Haikal”.
Kedua:
· Sembahyang
secara bersendirian dilaksanakan tanpa kitab suci dan peralatan ibadah. Ia
dilakukan di ruangan yang ditanda warna hijau seperti yang dilampirkan dalam
pelan cadangan. Pelaksanaannya adalah selama dua jam pada setiap pagi selepas
dibuka pintu “Jabal Haikal” untuk orang Yahudi (sembahyang pagi-Shaharit).
Kemudian, ia dilakukan satu jam penuh setiap hari selepas zohor sebelum pintu
ditutup (minha). Adapun sembahyang secara bersendirian dengan membawa
kitab dan peralatan ibadah, maka ia dilaksanakan di ruang berwarna coklat pada
waktu-waktu yang disebutkan di atas tadi.
· Sembahyang
secara berkumpulan pula dilakukan di ruang-ruang berwarna coklat seperti yang
dilampirkan pada peta. Ia dibenarkan untuk menggunakan taurat, kitab dan
peralatan ibadah pada waktu dan hari yang berikut (Isnin, Khamis, Sabtu, hari
pertama setiap bulan Ibri dan pada hari perayaan yahudi). Selain itu, ia
dilaksanakan sejam selepas dibuka pintu (shaharit) dan setengah jam
sebelum ditutup (minha). Manakala, pada hari Sabtu dan hari perayaan, ia
dilakukan selama dua jam setengah untuk sembahyang pagi. Pada hari tahun baru
Yahudi dan Yom Kippur (hari penebusan dosa), ia dilaksanakan selama
empat jam pada waktu pagi dan khusus untuk Yom Kippur (hari penebusan
dosa), ia dilaksanakan dua jam setengah untuk sembahyang “minha dan
penutup” di ruangan yang dikhususkan.
· Dibenarkan
menggunakan pinggan, khemah, kerusi, meja untuk bacaan Taurat dan harta-harta
suci yang dibungkus.
· Sewaktu
melakukan ibadah atau berada di sekitarnya, tidak dibenarkan sebarang aktiviti
mengancam keselamatan mereka yang berada di kawasan itu.
· Menteri
Agama hendaklah melantik seorang pegawai yang akan bertanggungjawab untuk
melaksanakan perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan kemungkinan untuk menambah
lagi tenaga pekerja sekiranya diperlukan.
(Ini adalah perincian mengenai pelan yang dicadangkan berdasarkan
sumber-sumber Israel), dan menurut rujukan, kini waktu-waktu yang dibenarkan
orang Yahudi masuk ke dalam masjid adalah dari hari Ahad sehingga Khamis.
Ini adalah lampiran “Yayasan al-Aqsa” mengenai peta yang
dirancangkan seperti yang dinyatakan di dalam sumber-sumber Ibrani.

