Oleh: Dr. Sharif Abushammala
Penubuhan Masjid al-Aqsa
bermula sejak era Nabi Adam a.s.
Sudah pasti bahawa para Nabi
sebelum ini telah memuliakan masjid suci ini terutamanya mereka yang tinggal
atau menziarahi Baitulmaqdis, mengikuti jejak ayahanda mereka Nabi Adam a.s.
yang membinanya dan beribadat kepada Allah di situ. (Ibn Hisham: At-Tijan Fi Molok Bani Hemiar: p22).
Allah yang Maha Besar telah memilih Baitulmaqdis sebagai rumah baru bagi Nabi
Ibrahim a.s. setelah baginda menghadapi penindasan dan kesulitan dari kaumnya
di Iraq. Allah berfirman:
"Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Luth ke negeri yang telah Kami
berkati untuk seluruh alam". (Al-Quran, 21:71).
Sumber-sumber
sejarah dan keagamaan menunjukkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s. tinggal di
Baitulmaqdis baginda juga telah melawat Mekah dan membina semula Kaabah yang
suci semasa salah satu lawatannya ke Mekah. Dengan perkataan lain, sumber yang
ada tidak pula menunjukkan sekiranya Nabi Ibrahim a.s. telah membina semula
Masjid al-Aqsa sebagaimana baginda telah membina Masjid al-Haram. Harus diingat
bahawa Ibn Taymiyyah menyebutkan bahawa "Masjid al-Aqsa telah dibina sejak
zaman Nabi Ibrahim a.s.". (Ibn Taymiyyah: al-Fatawa: 27/257).
Beliau juga menyebut bahawa Masjid al-Aqsa ialah tempat beribadat sejak zaman
Nabi Ibrahim a.s., beliau menambahkan lagi "Para Nabi telah mendirikan
solat di Masjid al-Aqsa yang dibina pada zaman Nabi Ibrahim a.s." 1.
(Ibn Taymiyyah:
al-Fatawa: 27/257).
Nabi Lut a.s. telah mengiringi Nabi Ibrahim a.s. dalam perpindahannya ke
Baitulmaqdis dan mereka menetap di sana di mana Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ishak
a.s. dilahirkan. Kemudian Nabi Ishak a.s. berputerakan Nabi Ya’qub a.s..
Seterusnya Nabi Ya’qub a.s. tinggal di Baitulmaqdis dan kemudiannya
berputerakan Nabi Yusuf a.s., dan beberapa orang lagi cahaya mata. Keturunan
mereka kemudiannya disebut sebagai Bani
Israel. Di dalam sebuah kisah yang terkenal, Nabi Yusuf a.s. dan
saudara-saudaranya, ketika baginda mengecamkan saudara-saudaranya di Mesir
semasa musim kemarau, Nabi Ya’qub a.s. berpindah ke Mesir sehinggalah baginda
wafat di sana. Bagaimanapun, jenazahnya dihantar semula ke Baitulmaqdis untuk
dimakamkan disamping ayahandanya Nabi Ishak a.s. dan nendanya Nabi Ibrahim a.s.
- mengikut wasiatnya. Dari keturunan Nabi Ya’qub (Bani Israel), Nabi Musa a.s.
dihantar ke Mesir di mana berlakunya kisah yang terkenal dengan Firaun. Lanjutannya, baginda diperintahkan untuk
meninggalkan Mesir dengan para pengikutnya ke 'tanah suci'. Akan tetapi,
kaumnya menentang perintah Allah, lalu enggan mengikuti Nabi Musa a.s.. Allah
menghukum mereka menjadi sesat di gurun Sinai selama empat puluh tahun. Nabi
Harun a.s. mengikuti saudara lelakinya, Nabi Musa a.s. tetapi baginda wafat di
Sinai dalam perjalanan mereka ke ‘tanah suci’.(Al-Quran 5:21). Menurut Nabi
Muhammad SAW, ketika Nabi Musa a.s. hampir wafat, baginda memohon
kepada Allah agar mendekatkannya ke Tanah Suci sejauh lemparan batu. Sabda Rasulullah SAW, ‘Seandainya aku di sana,
sungguh, pasti akan aku perlihatkan kepada kamu kuburannya di samping jalan
dekat bukit merah.’ 2.(H.R. al-Bukhari no. 1339 dan Muslim no.
2372 dari Abu Hurairah r.a.).
Ini menunjukkan betapa baginda begitu ingin berada
dekat dengan Masjid al-Aqsa, tanah suci dan barakah. Selepas kematian Nabi Musa
a.s., dan berakhirnya empat puluh tahun mereka sesat di padang pasir di mana
majoriti atau semua orang yang enggan menyeberang ke tanah suci tersebut telah
meninggal dunia, Nabi Yusya' a.s. membimbing generasi baru dan membawa mereka menyeberang
ke tanah suci itu (Ahmad : H 8145).
Nabi Muhammad SAW bersabda
"Matahari tertahan dari terbenam hanya untuk Yusya’ yang berjalan ke
Baitulmaqdis".3 Walaupun Nabi Yusya’ a.s. tidak disebutkan
dalam al-Quran, Nabi Muhammad SAW ada menceritakan tentangnya dalam satu hadis,
"Seorang Nabi di antara para Nabi menjalankan ekspedisi ketenteraan yang
suci dan berkata, 'Wahai matahari, kamu berada di bawah perintah Allah dan aku
di bawah perintah Allah, ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar tidak
terbenam dulu!’ Ianya tertahan sehingga Allah menganugerahkannya kemenangan 4.
Dengan itu, Baitulmaqdis kembali kepada mereka yang beriman yang mengikuti para
utusan itu dalam mentauhidkan Allah SWT.
Zaman Nabi Sulaiman
a.s.
Selepas Nabi Yusya’ a.s.,
Al-Quran memberitahu kita tentang dua Nabi dari keturunan Bani Israel: Nabi
Daud a.s. dan anaknya Nabi Sulaiman a.s. Pada masa itu, Masjid al-Aqsa perlu
diubahsuai dan diperbaharui, maka Nabi Sulaiman a.s. memperbaharuinya
sebagaimana disebutkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar
r.a. katanya; "Apabila Sulaiman bin Daud selesai membina Jerusalem
(Baitulmaqdis), dia berdo’a kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk tiga perkara:
untuk memberi kepadanya suatu peraturan yang sesuai dengan kehendak Allah, sebuah kerajaan yang tidak akan pernah dicapai oleh sesiapa selepasnya, dan siapa saja yang
datang ke Masjid ini hanya untuk bersolat, akan dikeluarkan darinya
dosa-dosanya seperti pada saat dia dilahirkan. " Kemudian Nabi SAW
bersabda "Dia diberi dua perkara ini, dan saya harap dia diberikan juga
yang ketiga".5
Sebenarnya, pembinaan masjid
al-Aqsa oleh Nabi Sulaiman a.s. bukanlah pembinaan baru, ia hanyalah pembinaan
semula dengan cara yang sama ianya diperbaharui sebelumnya oleh Nabi Ibrahim a.s. Al-Qurtubi memperincikan hal ini dalam penjelasannya tentang hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah : “Apakah masjid yang pertama dibina di atas
muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, Abu Dzarr bertanya
lagi: “kemudiannya?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Abu Dzarr terus
bertanya: “Berapakah jarak (tempoh) di antara keduanya, balas Rasulullah SAW:
“empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka
bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di
kedua-dua masjid tersebut)”. Ini boleh menyebabkan salah faham bahawa
Masjid al-Haram telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana disebutkan dalam al-Quran, dan Masjid al-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman (as) seperti
diriwayatkan dalam hadis, sedangkan terdapat waktu yang sangat lama antara
zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Sulaiman a.s., iaitu lebih daripada seribu
tahun. Tetapi salah faham dapat dijelaskan kerana teks al-Quran dan al-Hadis
menerangkan bahawa pembinaan yang dibuat oleh Nabi Sulaiman a.s. dan pembinaan Masjid al-Aqsa bukanlah pembinaan yang baru, ia hanya pembaharuan. (al-Qurtubi:
al-Mufhim 2: 114-115).
Sumber-sumber Islamik tidak
memperincikan maklumat tentang Masjid al-Aqsa yang diperbaharui oleh Nabi
Sulaiman a.s. dan maklumat yang ada kebanyakannya bergantung kepada sumber
Torah dan Ibrani (merujuk kepada penjelasan yang berasal dari sumber bukan
Islam dan terutama dari tradisi Yahudi) yang tidak mempunyai kebenaran mutlak. Kami
percaya bahawa pembaharuan itu bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan yang
diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. oleh Allah sebagaimana firmanNya:
"ولسليمان
الريح غدوها شهر ورواحها شهر وأسلنا له عين القطر ومن الجن من يعمل بين يديه بإذن
ربه ومن يزغ منهم عن أمرنا نذقه من عذاب السعير (12) يعملون له ما يشاء من محاريب وتماثيل وجفان كالجواب وقدور راسيات
اعملوا آل داوود شكرا وقليل من عبادي الشكور "[سبأ: 12- 13]
“Dan Kami
kurniakan kepada Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk
bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari perintah Kami, ia akan merasakan (pukulan) dari azab api
neraka.” (Al-Quran, 34: 12).
Zaman Nabi Zakaria
a.s., Nabi Yahya a.s., dan Nabi Isa a.s.
Ramai para nabi telah mengikuti
jejak Nabi Sulaiman a.s. ke Baitulmaqdis tetapi Al-Quran yang suci hanya
menerangkan kita tentang tiga orang Nabi yang datang pada waktu yang sama yang
sangat akrab pada tanah suci itu dan Masjid al-Aqsa. Mereka ialah, Nabi Zakaria
a.s., Nabi Yahya a.s., dan Nabi Isa a.s. Masjid al-Aqsa mempunyai peranan penting
dalam kehidupan mereka dan usaha mereka membimbing kaum mereka supaya
mentauhidkan Allah. Mereka tidak henti-henti berusaha membimbing dan
memperbaiki umat mereka. Di samping itu, Masjid al-Aqsa ialah tempat biasa untuk
mereka bertemuan dan beribadat. Kerana ia adalah perkara biasa di kalangan
orang yang benar dari keturunan Israel, isteri Imran (ibu kepada Mariam)
bersumpah bahawa anaknya yang akan lahir akan berkhidmat di Masjid al-Aqsa. Selepas
dia melahirkan Mariam, Nabi Zakaria a.s. menjadi penjaganya dan memberikan
tempatnya yang mulia di masjidil qsa untuk beribadat dan berkhidmat. Setelah
itu, mukjizat yang terkenal iaitu menghamilkan Nabi Isa a.s., nabi terakhir
yang diutuskan di Baitulmaqdis dan yang terakhir sebelum Nabi Muhammad SAW
diutuskan1.
Isteri Nabi Zakaria a.s.
melahirkan Nabi Yahya a.s. dan baginda hidup sezaman dengan Nabi Isa a.s. Mereka berdua berusaha
bersungguh-sungguh untuk membimbing Bani Israil ke jalan yang benar. Terdapat
hadis yang menyebutkan usaha yang mereka lakukan di Masjid al-Aqsa. Rasulullah
SAW bersabda: (Sesungguhnya Allah memerintahkan Yahya bin Zakaria dengan lima
perintah untuk dipatuhi, dan untuk memerintahkan Bani Israel untuk mematuhinya.
Tetapi dia lambat melakukannya. Maka Isa berkata: "Sesungguhnya Allah
memerintahkan kamu dengan lima perintah untuk dipatuhi dan untuk memerintahkan
Bani Israil untuk mematuhinya. Sama ada tuan memerintahkan mereka, atau aku
akan memerintahkan mereka.” Jadi, Yahya berkata: 'Aku takut jika kamu
mendahului aku ini, maka bumi akan menelanku, atau aku akan dihukum.' Oleh itu,
baginda mengumpulkan orang di Baitulmaqdis, dan mereka memenuhi (Masjid) dan
duduk di atas balkoni. Maka dia berkata: "Sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kepada saya dengan lima perintah untuk dipatuhi dan memerintah
kamu untuk mematuhinya …) 1 (Ahmad:
17541)
Hadis menunjukkan pada zaman Nabi
Isa a.s. sudah pun wujud Masjid al-Aqsa yang luas dan mempunyai penduduk, bahkan
bangunan itu mempunyai balkoni-balkoni yang tinggi. Adalah penting untuk
disebutkan bahawa tiada lagi nabi yang diutuskan setelah Nabi Isa a.s.
sehinggalah apabila Yang Maha kuasa telah mengutuskan Nabi Muhammad (saw) untuk
melengkapkan perjalanan para nabi sebelumnya dengan Masjid al-Aqsa. Dengan itu, kita
dapat melihat bahawa Masjid al-Aqsa adalah berkaitan dengan Masjid al-Haram dari
aspek seni bina, persejarahan dan agama. Oleh itu, kepentingannya semakin
terserlah kerana ianya dibina oleh seorang nabi dan diperbaharui oleh nabi-nabi
yang lain.
Di sinilah tempatnya di mana para Nabi telah berjuang dan
menegakkan perintah Allah. Ia ialah tempat para Nabi menetap, hidup dan wafat.
[1] Ibn Taimia, Alfatawa 57/257
[2] Narrated by Abu Huraira
[5] Narrated by Ahmad, Al-Nasa'i and Ibn Majah, and classed as ‘Authentic’ by al-Albani
[6] Ibn Katheer: Qasas alanbiaa
[7] Narrated Al-Harith Al-Ash'ar