Oleh: Dr. Sharif Amin Abu Shammalah
Pengerusi Yayasan Al-Quds
Malaysia
Sejak penjajahan Israel
ke atas bandar Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa tahun 1967 M, mereka telah berusaha
tanpa henti untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan membangunkan kuil yahudi di
atas tapaknya. Melalui siri yang panjang dari usaha-usaha dan pencabulan demi
pencabulan, yang lebih ketara dari semua percubaan berikut adalah cubaan
membakar Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 M. Yayasan Al-Quds Malaysia menyeru anda
untuk mengetahui peristiwa hitam yang membekas itu lebih terperinci:
Kebakaran.
Kebakaran telah berlaku
pada awal pagi 21 Ogos 1969 ketika seorang pemuda zionis Australia yang memiliki kerakyatan Israel menyalakan api
di Masjid Al-Qibali sebahagian dari Masjid Al-Aqsa, api mula menyambar mimbar Salahuddin
yang bersejarah yang telah dibina oleh Nuruddin Al Zanki. Kemudian ia mula marak
ke bahagian-bahagian lain membakar perabot-perabot masjid terutamanya di
bahagian timurnya.
Peranan penjajah dalam jenayah ini:
Telah terbongkar peranan
kerajaan penjajah dalam kebakaran ini dengan pihak Israel memutuskan bekalan
air dari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, kereta bomba di bawah seliaan
penjajah juga sengaja melengahkan perjalanan mereka untuk sampai ke tempat
kebakaran sehingga orang Islam yang berada di masjid terpaksa mengawal api
dengan pakaian mereka dan kelengkapan yang berdekatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan pendedahan forensik bahawa
kebakaran telah melibatkan dua tempat yang berbeza ini menunjukkan ia dilakukan
dengan terancang dan tersusun bukan perbuatan seorang individu sahaja.
Kerugian harta benda dan ketamadunan:
Telah hilang sebilangan besar kesan tamadun
manusiawi dan Al-Aqsa dari ukiran dan mercu-mercu bersejarah yang boleh
diringkaskan seperti berikut:
- Mimbar Solehuddin yang
bersejarah yang dikira sebagai kehalusan seni bina yang jarang ditemui, yang
dihasilkan melalui teknik tanggam tanpa sebatang paku. Yang telah dipindahkan oleh
Solehuddin al Ayyubiy ke Al-Aqsa selepas membebaskannya dari tentera salib.
- Masjid Umar yang mana
bumbungnya dari tanah liat dan alang kayu.
- Mehrab Zakariya di
arah timur dari Masjid Al-Qibali.
Makam 40.
- Tiga gerbang dari
tujuh keseluruhannya yang membentuk Masjid Al-Qibali, dengan sebahagian dari
bumbungnya jatuh ke tanah semasa kebakaran tersebut.
- Ukiran Surah al Israk yang dibuat dengan
warna keemasan di atas mehrab sepanjang 23 meter ke arah timur.
Alang-alang kayu yang dihiasi ukiran yang
memegang lampu-lampu yang terletak antara tiang-tiangnya.
- Empat puluh lapan jendela
yang dibuat dari kayu dihiasi dengan kaca beraneka warna yang unik dengan
dibina sedikit condong agar tidak terkena cahaya matahari secara langsung ke
dalam Al-Aqsa.
Semua permaidani tenunan.
Kesan-kesan terhadap politik:
Akibat kebakaran ini membangkitkan kemarahan
antarabangsa, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersidang dan mengeluarkan
keputusan bernombor 271 pada tahun 1969 yang mengecam Israel dan menyerunya
membatalkan semua pentadbiran-pentadbiran yang menjurus kepada mengubahsuai Al-Quds.
Turut dinyatakan dalam laporan itu bahawa
Majlis Keamanan melahirkan kedukaan atas kemusnahan akibat dari pembakaran Masjid
Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 di bawah penjajahan tentera Israel, serta mengakui ia
adalah kerugian sebuah tamadun manusiawi akibat kerosakan ini.
Kaum muslimun marak dengan kemarahan baik di
kalangan orang Arab atau bukan. Pemimpin negara-negara Islam bermesyuarat di
Rabat pada 25 September 1969 dan memutuskan untuk menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara
Islam (OIC).
Israel menjangkakan ia bakal mengancam
kewujudannya tetapi apa yang berlaku hanyalah demonstrasi dan tunjuk perasaan
serta penubuhan OIC
Kesudahan Penjenayah Tersebut:
Pelampau yang menyalakan api itu: polis penjajah
telah menangkapnya kemudian dibicarakan di mahkamah olok-olok. Dia didakwa gila
lalu dipindahkan ke Australia dan meninggal dunia pada tahun 1995M.
Kuasa penjajah: masih menjadi penjenayah besar
yang sentiasa melakukan kerosakan di Al-Aqsa
dengan menggerakkan rancangannya secara beransur-ansur.
Kemudian apa?
Semua polisi Penjajah dan perancangannya
dalam Al-Aqsa adalah api yang masih bernyala dan jenayah yang berterusan.
Bagaimana kita memperingati hari ini dan menajamkan isunya?
Mengingati peristiwa ini adalah sangat
penting, ia menjelaskan betapa hasadnya zionis terhadap Al-Aqsa dan
berkonspirasi melawannya. Oleh itu kita sebagai pertubuhan atau individu
mestilah:
-
Memelihara
isu Masjid Al-Aqsa agar sentiasa hidup dan hadir di hati kita dan kehidupan
kita.
-
Bekerja
untuk menjaga Al-Aqsa dengan menghulurkan sokongan politik, moral dan material
kepada murabithun di Al-Aqsa.
-
Bekerja
dari sudut undang-undang untuk mengenakan keputusan antarabangsa ke atas
penjajah dan menjauhkan tangan mereka dari Al-Aqsa.
-
Menyebarkan
kesedaran tentang realiti Masjid Al-Aqsa di kalangan orang ramai.