Oleh: Dr. Sharif Amin Abu Shammalah
Pengerusi Yayasan Al-Quds Malaysia
Pasukan pendudukan Zionis telah berusaha untuk
meruntuhkan Masjid al-Aqsa sejak sebelum permulaan penjajahan mereka terhadap
Palestin. Dengan menduduki bahagian timur al-Quds, di mana terletaknya Kota
Lama itu, Masjid al-Aqsa menjadi sasaran langsung kepada Zionis, melalui
beberapa serangan yang berulang-kali, bertujuan untuk menghancurkan Masjid
tersebut untuk membina "Kuil” Yahudi Pada runtuhannya.
Ini adalah idea yang berasal dari teologi Yahudi
mengenai hari kiamat dan sangat berakar-umbi di dalam fikiran mereka, ia dapat
dilihat dalam ucapan dan tingkah laku mereka, malah pandangan ini dipegang oleh
ahli-ahli dari semua peringkat masyarakat.
Salah satu serangan yang paling serius di al-Aqsa
ialah penggalian yang berterusan di bawahnya. Terdapat juga serangan berulang
dan 'serbuan' ke atas Masjid tersebut.
Ianya kerap kali berlaku dan merupakan sebahagian daripada satu dasar
yang sistematik.
Sebagai tambahan kepada serangan harian oleh
peneroka zionis yang disertai dan dilindungi oleh pasukan keselamatan
pendudukan, terdapat usaha berterusan untuk membakar, mengebom dan merosakkan
Masjid. Mungkin, di antara percubaan yang paling serius ialah "serangan
membakar Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969." Walau bagaimanapun, ia
bukanlah percubaan zionis yang pertama atau yang terakhir untuk merosakkan dan
memusnahkan masjid berkenaan dengan alat letupan di dalam Masjid atau mengarah
ke Masjid berkenaan. Di bawah ini disenaraikan
percubaan-percubaan yang dirancang untuk merosakkan dan memusnahkan
masjid berkenaan sehingga kini:
6 Jun 1967:
Tentera Zionis mengebom kota al-Quds dan Masjid
al-Aqsa dengan peluru mortar, yang menyebabkan kerosakan pada kubah masjid
al-Aqsa dan banyak bangunan lain; Lebih daripada 20 lokasi di Masjid al-Aqsa
telah rosak.
Di samping itu, serangan itu menghancurkan salah
satu menara al-Aqsa; menara al-Asbat.
11 Jun 1967:
Zionis kemudiannya menduduki masjid tersebut.
Beberapa hari selepas pendudukan Masjid al-Aqsa, pasukan Zionis memusnahkan
seluruh kawasan kejiranan Magharebah, bersebelahan dengan al-Aqsa dari sebelah
Barat, termasuk rumah-rumah, sekolah-sekolah dan masjid-masjid lain yang
terletak di sana.
Itulah bermulanya tindakan untuk merampas
sepenuhnya Tembok Barat Masjid al-Aqsa, "Tembok al-Buraq," untuk
mewujudkan sebuah halaman untuk beribadat
bagi orang Yahudi. Ianya akan ditempatkan di atas runtuhan rumah-rumah
Palestin yang musnah di al-Quds .
Dengan tindakan ketenteraan yang ganas, Zionis
telah berjaya mengambil alih sebahagian besar Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1968:
Inisiatif Zionis dilancarkan untuk menaikkan $ 100
juta dari Amerika Syarikat untuk membina apa yang dipanggil " Kuil
Solomon" di sebelah Kubah Batu.
Tahun berikutnya menyaksikan provokasi besar orang
Arab dan umat Islam apabila rabbi besar menyeru orang Yahudi untuk melawat
Tembok al-Buraq; untuk melakukan ritual apa yang mereka panggil peringatan
pemusnahan Kuil Suci, yang berlaku pada 9 Ogos setiap tahun. Upacara-upacara
ini menetapkan rangka kerja untuk serangan-serangan selanjutnya yang dilakukan
secara teratur di Masjid Al-Aqsa.
Khamis, 21 Ogos 1969:
Seorang Zionis Australia yang bernama Denis
Michael Rohan membakar sebahagian Masjid Al-Aqsa, iaitu al-Qibli Musalla.
Kawasan masjid yang dibakar itu melebihi 1,500
meter persegi. Kebakaran berlaku pada mimbar Salah al-Din, yang dibina atas
arahan Nur al-Din Zangi dan dibawa ke al-Aqsa oleh Salah al-Din selepas dia
membebaskan Masjid tersebut. Kebakaran itu juga telah merebak ke dinding Masjid
dan perabotnya, dan ia seterusnya merebak ke musalla Omar, Mihrab Zachariah,
Maqam al-Arbaeen, dan tiga koridor Masjid dengan lajur dan lengkungan mereka,
selain merosakkan beberapa tiang yang menyokong kubah Qibli musalla.
Hasil daripada serangan ini sebahagian daripada
bumbung Masjid telah runtuh, dan sebahagian besar hiasan, marmar, tingkap kaca
dan permaidani telah rosak dan hancur. Siasatan ke atas peristiwa-peristiwa ini
mendedahkan terdapat kelibatan perkhidmatan kecemasan pendudukan dalam kejadian
kemusnahan tersebut. Terdapat arahan dari pihak berkuasa zionis untuk memotong
bekalan air dari kawasan Al-Aqsa dan
kawasan sekitarnya. Secara seriusnya ia telah menghalang usaha memadam
kebakaran. Kenderaan penyelamat dan pemadam kebakaran juga sengaja dilewatkan
dan dihalang dari datang ke tempat kejadian.
Ini memberi motivasi dan menggerakkan penduduk
bandar untuk cuba memadamkan kebakaran dengan pakaian, baldi dan peralatan lain
yang ketinggalan zaman.
Kebakaran itu menimbulkan kutukan antarabangsa.
Majlis Keselamatan PBB bertemu dan mengeluarkan
resolusi 271 tahun 1969 mengutuk Israel dan menyeru penghapusan semua langkah
yang akan mengubah status al-Quds.
Majlis Keselamatan juga khuatir berkenaan
kerosakan besar yang disebabkan oleh pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos
1969. Resolusi berkenaan menekankaan perihal berlakunya kehilangan yang
signifikan ke atas pencapaian kebudayaan manusia.
Terdapat kemarahan yang meluas di kalangan orang
Arab dan Muslim.
Para pemimpin negara-negara ini bertemu di Rabat,
Maghribi pada 25 September 1969 dan memutuskan untuk membentuk Pertubuhan
Persidangan Islam (kemudian dikenal sebagai OIC).
Orang yang melakukan jenayah tersebut dibebaskan
selepas perbicaraan olok-olok.
Pihak berkuasa pendudukan mengeluarkan perintah
bahawa lelaki tersebut tidak bertanggung-jawab ke atas jenayahnya kerana dia
mengalami tekanan mental.
2 Mac 1982:
Para pengawal Masjid al-Aqsa menemui bahan letupan
yang beratnya lebih dari 3 kg di salah satu koridor Masjid itu.
8 April 1982:
Pengawal Masjid al-Aqsa menemui bungkusan yang
mencurigakan yang mengandungi bom masa di halaman al-Aqsa.
11 April 1982:
Seorang askar Zionis, bernama "Harry
Goldman," menyerbu Masjid al-Aqsa, diikuti oleh sekumpulan tentera dan
menembak mereka yang sedang beribadat dan para pengawal. Mereka kemudiannya
memecah masuk ke Kubah Batu dan menembak mereka yang sedang beribadat.
Apabila Muhammad Saleh Al Yamani, salah seorang
pengawal Masjid yang tidak bersenjata cuba menghalang mereka, ketua pasukan
penyerang tersebut menembaknya hingga mati di dalam Kubah Batu dan terus
melepaskan tembakan di dalam masjid itu. Pintu bangunan berkenaan,
perhiasan-perhiasan dan kubahnya rosak teruk akibat serangan tersebut. Serangan
itu mengakibatkan dua orang syahid dan lebih daripada 60 orang cedera.
6 Mei 1982:
Sekumpulan Zionist bersenjata telah melancarkan
peluru hidup ke Kubah Batu.
25 Julai 1982
Yoel Lerner, seorang aktivis Kach, ditangkap
selepas merancang untuk meletupkan Kubah Batu.
20 Januari 1983
Pembentukan gerakan ekstremis di Israel dan
Amerika Syarikat yang tugasnya membina semula Gunung Kuil di lokasi Masjid
al-Aqsa.
8 Julai 1983:
Sekumpulan tentera Zionis menembak mereka yang
sedang beribadat di al-Aqsa dan di Kubah Batu.
26 Januari 1984:
Dua orang Yahudi memasuki Al-Aqsa dengan sejumlah
besar bahan letupan dan bom tangan bertujuan untuk meletupkan Kubah Batu.
20 Januari 1988:
Sekumpulan orang Yahudi membaling botol Molotov ke
Masjid al-Aqsa selepas tengah malam.
13 Mei 1998:
Sekumpulan orang Yahudi membakar Pintu Bani
Ghanim, salah satu pintu al-Aqsa,
mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar daripadanya.
Kedengaran satu letupan pada masa yang sama.
2 November 1998:
Para jemaah dan penjaga Masjid al-Aqsa menemui
objek yang mencurigakan berhampiran al-Masjid al-Marwani di Masjid al-Aqsa.
Kemudian pakar letupan datang ke tapak tersebut dan meletupkan objek itu.
7 April 2005:
Sekumpulan pemuda radikal Yahudi, penyokong
kumpulan ekstremis agama Yahudi yang dipanggil "Pots'i Han'al"
(penduduk lembah yang cedera), merancang untuk melancarkan roket
"LAW" ke atas al-Aqsa, sementara salah seorang dari mereka merancang
untuk memusnahkan peluru letupan yang meluncur di atas Masjid.
Menurut risikan dan kenyataan polis, siasatan
mendedahkan bahawa mereka telah mengadakan lawatan ke al-Quds dan telah memilih
sekolah agama "Shuvu Banim," yang lokasinya menghadap ke masjid
al-Aqsa, dari sebelah kawasan Islam, sebagai pangkalan untuk melancarkan roket
"LAW", tetapi mereka telah gagal untuk memperolehi roket tersebut.
20 Disember 2010:
Penangkapan seorang peneroka yang cuba memecah
masuk ke Al-Aqsa dengan membawa bahan letupan untuk meletakkannya di Qibli
Musalla.
Pada tahun 2014:
Agensi risikan Israel (Shin Bet) membongkar
rencana meletupkan Kubah Batu hanya sebentar sebelum ia dilakukan oleh seorang pendatang Amerika yang
bernama Adam Livix (30 tahun); seorang mubaligh Kristian yang telah berkahwin
dengan seorang Yahudi Israel.
Seorang askar Zionis yang berkhidmat di pangkalan
tentera Israel telah membekalkan Livix dengan senjata tempur dan bahan letupan
dari pangkalan tentera tersebut.
Livix
menyediakan dua rancangan untuk melaksanakan serangan itu, yang pertama dengan
peluru berpandu, dan yang kedua dengan
dron peledak yang kecil.
Livix dibimbing oleh pelampau Zionis dan beberapa
organisasi Kristian.