Apakah yang dimaksudkan dengan Keberkatan (Barakah) Masjid al-Aqsa dan apakah gambaran-gambarannya?
Seseorang tidak boleh
membincangkan tentang Masjid al-Aqsa yang diberkati tanpa terlebih dahulu
merujuk kepada konsep "keberkatan". Allah sentiasa menyebut “yang
diberkati” apabila menyebut Masjid al-Aqsa. Istilah ini dan beberapa
derivatifnya diulang dalam banyak ayat yang menyebutkan al-Aqsa, dan Palestin
sebagai sebahagian daripada Levant, dalam konteks yang berbeza. Di
antaranya ialah:
Ayat mengenai kelangsungan hidup
nabi Ibrahim (as);
(وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا
فِيهَا لِلْعَالَمِينَ)
[Kami selamatkan dia (Ibrahim)
dan Luth ke negeri yang Kami telah berkati untuk seluruh alam] [21:71].
Dan ayat tentang apa yang Allah
tundukkan untuk nabi Sulaiman (as);
(وَلِسُلَيْمَانَ
الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا
ۚ وَكُنَّا بِكُلِّ
شَيْءٍ عَالِمِينَ)
[Dan (Kami tundukkan) untuk
Sulaiman angin, angin yang sangat kencang tiupannya,yang berhembus dengan
perintahnya ke negeri yang Kami beri keberkatan kepadanya. Dan Kami Maha Mengetahui
segala sesuatu.] [21:81].
Dan apabila Allah menyatakan
rahmat yang telah diberikan-Nya kepada mereka yang menganiaya diri sendiri, Dia
berkata;
(وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا
فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ)
[Dan Kami jadikan antara mereka
(penduduk Saba’) dan negeri-negeri yang Kami berkati (Syam) beberapa negeri
yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak)
perjalanan., Berjalanlah kamu di negeri-negeri itu pada malam dan siang hari
dengan aman] [34:18].
Dan dalam ayat tersebut, tentang
hamba Allah yang ditindas;
(وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ
مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا)
[Dan Kami wariskan kepada kaum
yang tertindas itu, bumi bahagian timur dan bahagian baratnya yang telah kami
berkati.] [7: 137].
Oleh itu, apakah sifat keberkatan
ini, apakah sebab-sebab di sebaliknya, dan bagaimana ianya dicapai?
Pertama, istilah
"berkat" menunjukkan "kelimpahan dan pertumbuhan dalam semua
kebaikan." Maka apabila Allah SWT berfirman:
)سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا
مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ(.
[Maha Suci (Allah), yang telah
memperjalankan hambanya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.] [17: 1]
Masjid al-Aqsa menjadi pusat
keberkatan, justeru sumber kebaikan dan keberkatannya mengalir ke seluruh alam. Tidak ada keberkatan yang
diberikan kepada sesetengah tempat tanpa al-Aqsa menjadi sebahagian
daripadanya.
Penterjemah Al-Quran mencadangkan
bahawa keberkatan ini merujuk kepada dua perkara:
Pertama, keberkatan dalam agama:
diperjelaskan bagaimana ramai
para Nabi (as) muncul darinya, dan mengajarkan undang-undang dan ajaran agama mereka
daripadanya.
Kedua, keberkatan dalam
kehidupan: dengan menjadikan tanahnya sebagai tanah yang kaya dengan sumber
air, buah-buahan dan kehidupan yang sejahtera.
Oleh itu, Allah SWT menyifatkan
Masjid al-Aqsa sebagai "lingkungan yang Kami berkati" dengan hubungan
yang kuat; untuk menerangkan kaitannya dengan anugerah keberkatan yang tidak
dapat dipisahkan dari Masjid al-Aqsa.
Sepertimana yang disebutkan oleh
Imam Ibnu Ashour, keberkatan yang mengelilingi Masjid al-Aqsa adalah metafora untuk
keberkatan yang pertama yang berasal dari Masjid itu sendiri; kerana jika ianya
berlaku di sekelilingnya, maka keberkatan itu secara asasnya akan melaluinya
terlebih dahulu. Oleh itu, ayat tersebut mempunyai tiga implikasi:
Pertama, perangkuman gandingan.
"Keberkatan ini tidak dapat dipisahkan dari Masjid al-Aqsa, dan ini adalah
salah satu daripada ciri Masjid tersebut."
Kedua, perangkuman tenor
(pengertian) dan pemusatan. "Ini merujuk kepada keberkatan terdahulu
sekali di Masjid al-Aqsa, dengan alasan yang lebih banyak."
Ketiga, perangkuman kata
pengagungan dalam "Kami telah memberkati."
Keberkatan ini diwakili dalam
beberapa imej dan bentuk, termasuk:
1-
Melipatgandakan ganjaran mendirikan solat di dalamnya:
Ciri pertama keberkatan Masjid
al-Aqsa yang merupakan keutamaan Allah ke atas tempat-tempat lain ialah
menggandakan pahala mereka yang bersolat di sana seperti yang dinyatakan dalam
hadith: "dan solat di Masjid al-Aqsa bernilai 500 kali lebih banyak
daripada tempat lain "[Bayhaqi di Al-Sunan al-Sughraa (No. 1821)].
Dalam naratif yang berbeza,
ganjaran mendirikan solat di Masjid al-Aqsa boleh mencapai suku daripada
ganjaran mendirikan solat di Masjid an-Nabawi. Ketika Rasulullah (saw) ditanya
tentang solat di Masjid al-Aqsa atau Masjidnya (Masjid an-Nabawi), beliau menjawab: "Satu
solat di masjidku bersamaan dengan empat solat yang didirikan di sana [di
Baitulmaqdis], dan tempat yang diberkati solat itu.
Ia adalah tanah tempat berlakunya
hari kebangkitan dan perhimpunan. Tidak lama lagi akan tiba saatnya, jika
seorang lelaki memiliki sebidang tanah sebesar tali kuda dari mana ia dapat
melihat Baitulmaqdis, itu adalah lebih baik baginya dari seluruh dunia.
"[Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi dan digolongkan sebagai sahih oleh
Al-Albani dalam kitab Kesedaran & Ketakutan: At Targhib Wat Tarhib].
Untuk keterangan lebih lanjut
bagaimana menggandakan ganjaran bersalat di al-Aqsa klik di sini
2- Tanah para Nabi:
Salah satu rahmat al-Aqsa adalah
bahawa beberapa orang Nabi telah dilahirkan di sekelilingnya, dan Allah telah memberi
petunjuk kepada beberapa orang Nabi untuk tinggal di kawasan berdekatannya, dan hidup di sekitarnya.
Oleh itu, ia menjadi tanah para Nabi, dan keberkatan Masjid al-Aqsa semakin meningkat
oleh kerana keberkatan mereka; mereka diberkati seperti firman Allah dalam
kata-kata Nabi Isa (as):
(وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا
كُنتُ)
"Dan Dia menjadikan
saya diberkati di mana sahaja saya berada," dan dengan keberkatan mereka,
rahmat dan mukjizat telah dianugerahkan kepada tempat itu.
3- Tanah Keselamatan dan
kedamaian:
Hakikatnya, Allah memberkati
Masjid al-Aqsa lalu menjadikannya tanah yang selamat, aman damai, dan tenang.
Yang Maha Berkuasa menerangkan berkenaan keberkatan yang diberikan-Nya kepada
Nabi Ibrahim (as):
(وَنَجَّيْنَاهُ
وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ)
[Kami selamatkan dia (Ibrahim)
dan Luth ke negeri yang Kami telah berkati untuk seluruh alam] [21:71]
4- Pada tanah inilah akan
berakhirnya mereka yang zalim:
Di mana menjadi satu rahmat pada
tempat tersebut bahawa setiap orang yang zalim di tanah itu ditakdirkan binasa.
Allah menceritakan kisah mengenai suku-suku Israel dengan Nabi Musa (as):
(قالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ
وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا
دَاخِلُونَ (22) قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا
ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى
اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مؤمنين)
(Mereka berkata, "Wahai
Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada umat yang sangat kuat kezalimannya,
kami tidak akan memasukinya sehingga mereka meninggalkannya, tetapi jika mereka
meninggalkannya, maka kami akan masuk." Berkata dua orang dari mereka yang
bertaqwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah, "Serbulah mereka melalui
pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan
bertaqwalah kamu hanya kepada Allah, jika kamu menjadi insan-insan yang beriman
") [5 :22,23].
Oleh itu, kemenangan adalah untuk
mereka yang taat menyembah Allah.
5- Pada tanahnya, empayar-empayar telah dimusnahkan dan tentera penindasan dan penyelewengan dihancurkan:
Dengan berkat Masjid al-Aqsa, tentera
salib yang zalim dan melakukan rasuah telah dikalahkan, dan tentera Tatar telah
dihancurkan setelah mereka memerintah dengan kezaliman, kejahatan dan
mendatangkan kesengsaraan. Oleh itu, tanah ini menjadi tanah perkuburan bagi
semua penceroboh yang tamak dan tidak lama lagi, In shaa Allah, kita akan
menyaksikan kekalahan pendudukan Zionis, setelah korupsi dan ketidakadilannya
mencapai apa yang belum pernah terjadi sebelumnya.
6- Pusat mazhab yang berjaya:
Keberkatan Masjid al-Aqsa sangat
mendalam dengan hakikat bahawa Allah telah menjadikannya pusat dan tempat
mazhab yang berjaya sehingga tiada bahaya yang dapat menghalangnya, dan tidak
ada pengkhianatan yang dapat menghalang pengikut-pengikutnya. Nabi (saw)
bersabda:
"Sentiasa akan ada dari
kalangan umatku satu kumpulan yang sentiasa beroleh kemenangan atas kebenaran
(haqq), orang yang menentang atau meninggalkan mereka tidak akan dapat membahayakan
mereka sehingga perintah Allah datang
dan mereka akan tetap menang."
Mereka berkata, "Wahai
Rasulallah, di manakah mereka?" Dia berkata, "Di Baitulmaqdis dan
daerah-daerah di Baitulmaqdis." [Musnad al-Imam Ahmad]
7- Keberkatannya membezakan mereka
yang benar dengan mereka yang berdusta:
Sejarah Masjid al-Aqsa dan masa
kininya menunjukkan peranannya dalam membezakan kelas-kelas. Melaluinya, mereka
yang jujur, tabah dan setia dibezakan dari mereka munafik dan kufur.
Oleh itu, berdasarkan kedudukan
bangsa, negara, orang-ramai dan
individu di tanah ini menunjukkan kebenaran dan kesetiaan mereka, atau
kejahatan dan penyelewengan mereka. Golongan yang benar adalah penyokong tanah
ini, dan mereka yang berbohong merupakan musuhnya.
Banyak fakta dan bukti
menunjukkan keberkatan Masjid al-Aqsa. Keberkatan yang telah direalisasikan dan
diketahui oleh semua orang yang bekerja untuk Masjid al-Aqsa, dan semua yang
menyumbangkan masa, usaha dan wang untuk kepentingannya. Keberkatan direalisasikan
sepenuh hati secara fizikal atau melalui jarak dekat kepada al-Aqsa, dan umat
Islam harus bersungguh-sungguh untuk merealisasikan keberkatan ini.
8-Ini ditunjukkan dalam hadis
dari seorang muslimah di zaman rasulullah (saw) yang bernama Maymuna Binti
Saad, yang menunjukkan kehebatan para sahabat untuk merealisasikan keberkatan
Masjid al-Aqsa walaupun mereka tidak dapat melawat atau berjauhan darinya.
Rasulullah (saw) membimbing
mereka untuk mendukung al-Aqsa. Dalam hadith dari Maymuna Binti Saad, dia
bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, khabarkan kami tentang
Baitumaqdis."
Nabi (saw) menjawab, "Tanah tersebut adalah
tempat di mana manusia akan dibangkitkan dan dihimpunkan. Kunjungilah untuk
mendirikan salat kerana satu salat di dalamnya diberi ganjaran seribu kali
salat di tempat lain. "Dia terus bertanya," Jika salah seorang dari
kami tidak dapat melawatnya, apa yang harus kami lakukan "? Beliau
berkata, " kirimkan sedikit minyak untuk menyalakan lampu-lampunya, dan sesiapa yang
memanfaatkan sesuatu untuknya seolah-olah dia telah bersolat di
dalamnya." [Musnad al-Imam Ahmad].